Memaparkan catatan dengan label Dakwah multimedia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dakwah multimedia. Papar semua catatan

Isnin, 16 April 2012

Jawapan Hakiki


KISAH WALI ALLAH DAN PADERI SAMA'AN - 50 SOALAN LAWAN 1 SOALAN.



Ini adalah kisah yang masyur dikalangan Ilmuan Islam.


Abu Yazid Al Bustami seorang ahli Sufi yang dikejutkan oleh mimpinya supaya pergi ke gereja Samaan. Tiga kali mimpinya itu berulang. Lalu ia bersiap sedia dengan pakaian dan cara yang diberitahu dalam mimpinya.

Ia masuk ke gereja Samaan tanpa disedari oleh Paderi-paderi yang hadir. Dia sama-sama menanti kedatangan ketua Paderi. Setelah ketua Paderi datang, ketua Paderi itu tidak dapat berucap. Dia tahu ada orang lain, orang Islam di dalam gereja itu. Katanya, ” ada orang yang percaya kepada Syariat Muhammad di dalam gereja ini.”

Khamis, 5 April 2012

Susu Terakhir buat si kecil


-Susu Terakhir buat si kecil-
Kisah yg amat menyayat hati dan pastinya akan menyentuh naluri keibuan kita…bacalah.

Kisahnya perihal satu keluarga yang mengalami kemalangan ngeri. Kereta yang mereka naiki terbabas, berpusing, melanggar pembahagi jalan lalu terperosok ke dalam longkang. Dalam kejadian ini, kereta itu remuk teruk dan penumpangnya mengalami kecederaan parah. Cermin hadapan habis reta...k berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi saya fikir, pemandunya menemui ajal di situ juga.

Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah. Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan. Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya.

Sewaktu anggota bomba itu mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi, ibunya terketar-ketar dan menggigil sambil memberi isyarat kepada beliau. Subhanallah, rupa-rupanya si ibu tadi mahukan bayinya bagi disusukan. Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan disusukan si kecil itu dengan penuh rasa sayu, pilu dan kasih sayang.

Si kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan. Dengan kuasa dan izin Allah, ibu itu tiba-tiba tercungap-cungap mencari nafas, tanda ajalnya yang semakin hampir. Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang itu. Ya Allah, betapa pilunya situasi itu sehingga merenggut ketenangan anggota bomba tadi.

Itu lah dia kasih sayang seorang ibu. Walau dalam keadaan bertarung nyawa dan menahan kesakitan, masih tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang ibu...menyusukan anak di saat-saat akhir hidup nya. Subhanallah...

Rabu, 21 Mac 2012

Tujuh Kalimat Yang Harus Dibiasakan.

Tujuh Kalimat Yang Harus Dibiasakan.

1. بِــــــــــسْمِ الَّلهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـم

Bismillahirrohmanirrohiim.
Setiap hendak melakukan sesuatu.

2. اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْـعَالَمِيْـن

Alhamdulillahirobbil'alamiin.
Setiap habis melakukan sesuatu.

3. اَسْتَغْفِرُاللَهَ الْعَظِيْمِ

Astagfirullahal'adziim.
Jika melakukan sesuatu yg buruk.

4. اِنْشَاءَ اللَّه

Insya Allah. 
Jika ingin melakukan sesuatu pada masa yang akan datang.

5. لاَحَوْلَ وَلاَقُوَّةَاِلاَّبِاللَّه

Laa hawlawalaa quwwata illabiillah.
Bila tidak bisa melakukan sesuatu yang agak berat/melihat hal yang buruk.

6. اِنَّالِلَه وَاِنَّااِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ

Inna lillahi waainnaa ilayhi rooji'un.
Jika melihat/menghadapi musibah.

7. لاَاِلَهَ اِلاَّاللَه مُحَمَّدَالرَّسُوْلُ اللَه

Laa ilaha ilaallah Muhammadarrosuwlullah
Bacalah siang & malam sebanyaknya.

Ada 2 pilihan untuk anda :-)

1. Biarkan tanpa bermanfaat untuk orang lain.
2. Anda sebarkan dan kongsikan dengan semua kenalan anda.

credit to Muaz Omar

Selasa, 20 Mac 2012

Cikgu Dan Cita-cita murid


semasa bersekolah dulu cikgu ada bertanya pasal cita-cita aku nak jadi apa bila besar nanti. Dia ada bagi satu dokumen suruh aku isi tentang cita-cita aku. Tak silap aku dia nak 3 jenis. Aku masa tu isi doktor, cikgu dan askar. Yang bestnya tiap-tiap tahun dia kasi suruh isi. Natijahnya tiap-tiap tahun itulah cita-cita tu sering berubah-ubah. Tak boleh ke isi sekali je lepas tu tak payah isi lagi? Persoalan ini sering bermain didalam kepala hotak aku pada masa tu. Nak tanya cikgu takut pula. Aku pernah tulis nak jadi penyanyi tahu tak dekat cita-cita aku walaupun aku tahu suara aku setaraf itik serati. Aku delete cita-cita jadi doktor dan tukar kepada cita-cita jadi penyanyi sebab aku tersedar yang aku ada fobia takut pada darah. Satu hari aku terbaca satu cerita (aku dah lupa tajuk dia). Ouh baru aku tahu kenapa dia suruh isi cita-cita pada setiap tahun. Korang nak tahu tak kenapa? 

Syair lebih baik dari nanah?


Setelah membaca statusnya Ustadz Aris di facebook, hati ini tersentak! Saya merasa ditusuk, sesuatu di dada.
Lebih baik dada seseorang dipenuhi nanah hingga menyesakkan paru-parunya dari pada dipenuhi syair. (Muttafaqun 'alaih) ~ HR Bukhari [6155] dan Muslim [2257]
Entah mengapa tiba-tiba merasa buanyak salahnya. Teringat dengan hafalan yang semakin buruk, teringat dengan semakin malasnya membaca buku. Teringat dengan puisi di blog ini, teringat dengan posting-posting galau. Mengingatkan saya pada kecintaan terhadap sastra khususnya puisi. Secara tidak langsung akan menjauhkan saya pada sastra yang tidak ada bandingnya atas keindahannya, yaitu Al Qur'an. Alhamdulillah saya sendiri kurang suka dengan syair (kebanyakan) lagu, apalagi menghafalkannya.

Jika meninggalkan sama sekali syair, saya rasa tidak bisa. Mungkin menguranginya atau fokus pada puisi/syair yang jauh dari galau dan kata sia-sia. Semoga saja. Seperti halnya para 'ulama juga kadang bersyair. Akan tetapi syair orang yang berilmu dengan selainnya jelas beda dari segi isi. 



Semoga mulai sekarang dan seterusnya saya dijauhkan dari perkataan yang sia-sia dan syair galau. Sangat berharap apa yang saya posting dapat bermanfaat bagi siapapun yang membaca. Akan lebih bahagia jika dapat bermanfaat dunia akhirat.




Saya masih cinta hujan
cinta nada yang dihasilkan
harum tanah selepas hujan pergi
sejuk mata dan hati 

Saya masih cinta hujan
atas keberkahan yang diturunkan
atas doa-doa yang terkabulkan
atas kesuburan tiap jengkal tanah yang dialui
atas keseimbangan alam yang tak tergantikan 

Saya masih cinta hujan
dan tidak akan pernah membencinya
terlebih penciptanya


Rabu, 14 Mac 2012

Jangan Lupa!!!



( Nantikan cerita "masihkah kau ingat" episod petama )

Jangan sombong dengan kelebihan sementara

Seorang Executive muda yang berjaya sedang memandu disebuah perkampungan di pinggir Bandar. Ia memandu agak laju dengan sebuah kereta WAJA yang berprestasi tinggi yang baru sahaja dibelinya. Sambil ia memandu perlahan-lahan ia sedang memerhatikan seorang anak kecil dicelah-celah kereta yang diletakkan ditepi jalan , ia memperlahankan keretanya untuk melihat sesuatu yang difikirkannya.
Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut melintasi kawasan tersebut ; anak kecil tidak kelihatan tetapi seketul batu dilontarkan tepat mengena pintu disebelah kanan kereta Waja tersebut.
Apalagi Executive muda tersebut menekan brek sekuat hatinya dan berundur ke tempat dimana Anak kecil tadi berdiri. Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus meluru ke arah Anak kecil , menarik tangan anak kecil dan menghempasnya ke kereta yang terletak ditepi jalan dan terus memarahi Anak kecil tadi :
” Apa ni ? Siapa awak ? dan apa ke jadahnya awak berada disini ? Itu kereta baru , mahal dan susah nak baiki ? Awak tau tak ? Kenapa awak buat ini semua ? jerit Executive tersebut.
Anak kecil itu tunduk sedih , sayu dan memohon maaf ; ” Saya meminta maaf Pakcik, Saya tak tahu apa patut saya buat , ia merayu . Saya melontar batu kerana tak ada orang yang berhenti disini apabila saya panggil”.
Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut yang tidak jauh dari situ. “Itu abang saya , ia jatuh dari kerusi roda dari tebing disebelah dan tak ada orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak Pakcik menolong saya , ia cedera dan ia terlalu berat untuk saya.
Dengan rasa terharu, Executive muda tersebut melepaskan anak kecil tersebut dan terus mengangkat abangnya dan meletakkannya kembali ke kerusi roda.
Terima kasih , pakcik, Saya doakan pakcik selamat dunia dan akhirat.
Tak dapat digambarkan dengan perkataan , Executive muda hanya melihat dengan sayu, Anak kecil tersebut menyorong abangnya yang cacat dan cedera pulang menuju ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan kesejahteraan hidupnya.
Executive muda tersebut berjalan perlahan ke arah kereta , WAJA kemek teruk tetapi ia membiarkan saja tanpa dibaiki. Ia mengingatkannya bahawa kita tidak perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan seseorang melontar batu hanya kerana hendakkan perhatian .
Pengajaran :
Tuhan tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah, bersuka-ria tanpa kesedihan, panas tanpa hujan tetapi ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya. Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara.
=========
Semoga menjadi iktibar dan renungan kita bersama…

Jumaat, 10 Februari 2012

cara mengenali ciri pasangan anda?

Fakta ciri-ciri anak sulung , anak tengah , anak bongsu , 
    ~Dengan membaca entri kali ini anda akan mengenali pasangan anda.
three brother

Secara umumnya anak sulung adalah cahaya permata bagi sepasang kekasih(ibu bapa) .so , mereka akan menumpukan sepenuh kasih sayang dan perhatian kepada anak sulung .sehinggalah kelahiran adik yang baru.   anak sulung apabila dewasa boleh membawa diri sendiri dan sanggup berkorban demi adik2nya

Ciri yang Umum anak sulung:

  • anak sulung dikaitkan dengan sifat pelindung ,bertolak ansur dan EGO
  • sering berjaya dalam hidup
  • pandai mengambil hati orang tua
  • mempunyai nilai tanggungjawab yang tinggi
kalau nak diceritakan bab anak tengah ni pulak pelik bin ajaib sikit. ramai orang tertnye anak tengah tu bondo eh? sini saya bagi example lah untuk korang sume faham, family kite ada 5orang la , anak yang pertama dan terakihir dipanggil anak sulung dan anak bongsu , tapi anak tengah camne nak cari ? so anak ke 2 3 4 adalah anak tengah . kita sambung tajuk entri , anak tengah ini akan lebih gemar suka buat hal sendiri dan suka berdikari . ini kerana mereka adalah adik yang paling "glamer" antara adik2 lain.seringkali mereka terasa mereka terpinggir . kadangkala meraka terpakse mengalah antara anak sulung dan anak bongsu .sebab itu ada dikalangan mereka terima tekanan . dan juga mereka akan mencari sesuatu yang boleh dibuat yang terbaik bagi dirinya tanpa meminta bantuan orang lain.

antara ciri anak tengah :


  • lebih berdikari dari anak sulung dan adik2 yang lain
  • lebih percaya dengan keyakinan diri
  • suka mencuri perhatian dengan cara tersendiri
  • terasa mereka ini selalu terpinggir 
  • terlalu mengalah


anak bongsu pulak kebamyakan orang sudah tahu dengan tafsiran perkataan "anak bongsu" walaupun kita tidak pernah sekali membuka kitab tentang anak bongsu atau kamus  dewan.mereka sering diimejkan sebagi anak manja dan besar kepala dan mahukan orang lain mengikut kerenah dia sahaja . mereka sering dianggap tidak berjaya kerana ketidakpercaya ibubapa terhadap mereka.

antara ciri2 anak bongsu :


  • selalu pendapat ditolak
  • happy go lucky 
  • manja 
  • yakin
  • kiinginan dan bercita cita tinggi
  • sukar membuat keputusan sendiri


bak kata cikgu saye " anak sampai no dua latu ibu bapa akan stop dulu  yang no tiga akan dipinggirkan tu lah susah jadi anak no 3"

Ahad, 5 Februari 2012

Sambutan Maulidur Rasul - Maahad Ahmadi

Muhammad S.A.W


Maulidur Rasul fi Maahad Ahmadi


Baginda Manusia Peribadi Terpuji 

– Sempena Maulidur Rasul 1433 Hijrah-



12 Rabiulawal menjadi saksi
Dunia dihiasi manusia Ulul Azmi
Siti Aminah hadir disisi
Membelai Baginda dibuai mimpi
Tanpa Abdullah, Baginda berdikari
Menjadi tauladan peribadi insani
Yatim piatu takdir diri
Diasuh Abdul Mutalib bagai anak sendiri
al-Amin gelaran diberi
Baginda pemuda amanah lagi rendah diri
Pintar, fikir benar dan berani
Menjadi pedoman umat zaman kini
Mahligai kasih dibina bersama
Teman sejati Siti Khadijah manusia istimewa
Dilimpahi rezeki dengan berniaga
Cinta berputik kekal selamanya
Gua Hira’ wadah wahyu diterima
Gigil dan takut tidak terkata
Jibrail diutuskan dengan rela
Mengajar Nabi ilmu membaca
Iqra’, Bacalah….
Menjadi titik pertemuan wadah perjuangan
Ajaran wahyu menjadi pegangan
Tidak kira bangsa, keturunan dan zaman
Semua tunduk sembah kepada ar-Rahman
Tutur bicaranya penuh sopan
Kata-kata penuh hikmah dan kebenaran
Seru manusia mengajar kebaikan
Cegah manusia dari kemungkaran
Baginda dikutuk, dicaci dan dihina
Tidak terlintas untuk putus asa
Sebaliknya berdoa supaya hati terbuka
Menerima Islam sebagai sandaran utama
Itulah Baginda Nabi kita
Peribadi agung lagi mulia
Jadikanlah Baginda sebagai idola
Terus berjuang sampai bila-bila


You Tube


"Pakai Beat Baru Menarik"

Soutul Ahmadi

Fitri 
Amir 
dan Lain

thank to All my friends 
follow me jenama terbantut =="

Ahad, 15 Januari 2012

Planet dalam filem Star Wars ditemui???


NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - fiksyen sains bertukar menjadi realiti apabila beberapa saintis menemui sebuah planet yang dikelilingi dua matahari, lapor sebuah akhbar .

Jumaat, 13 Januari 2012

macammana kite zaman kecik dulu ? bersiri

Taman Permainan T.T.J


Mari dengar, Wahai Kawan,
Hikayat lama, Berwajah baru,
Penuh Nasihat, dan teladan
Inilah, Pada Zaman Dahulu


Selasa, 10 Januari 2012

Pelita Hidup Bagi Katak ?



Barisan Guru Maahad Ahmadi


Assalamualaikum,
Zaman sekarang Guru pun Tak diendahkan, sehingga mencetuskan pergaduhan bersama guru. Ade 2 Hari Guru Pun Tidak Tahu bile . Hari Valentime tidak pernah miss  . so entri kali ini harap dapat korang lebih mengenali guru kamu semua .

Isnin, 9 Januari 2012

Kecil Tapi Kuat!!!


Semut-semut kampung


Semut?

terdapat lebih 12,500 spesies diklasifikasikan dengan jumlah anggaran lebih kurang 22,000 spesies. Mereka mudah dikenalpasti dengan antena yang menyigung dan struktur seperti nod yang tersendiri yang membentuk suatu pinggang langsing.nak maklumat lanju cari la de cik google.

Jumaat, 6 Januari 2012

POLEMIK !???




Maksudnya~
Polemik adalah sejenis diskusi atau perdebatan sengit yang diadakan di tempat umum atau media massa berbentuk tulisan. Polemik biasa digunakan untuk menyangkal atau mendukung suatu pandangan agama atau politik. Lawan kata dari polemik adalah apologi.

Khamis, 5 Januari 2012

Nasihat Dari Murabbi


Setiap majlis adalah tidak sempurna tanpa doa. Lebih afdal ada doa penutup dan akhirnya. Jika anda hadir ke sesuatu majlis yang tidak dimulakan dengan doa jangan...

Isnin, 19 Disember 2011


Indah sungguh ciptaan tuhan. terciptanya langit

danbumi dan juga udara , laut , gunung dan

sebagainya.

sungguh menakjubkan jikalau kalian meneliti satu

persatu. Sungguh susah untuk diterjemahkan

dengan lidah yang kecil.


Gambar ini ada kisah disebaliknya.Jom kita lihat.Begini ceritanya..

SEORANG tua berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia. Jika kalian termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV “Discovery” pasti kenal Mr. Jacques Yves Costeau (gambar), ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis.

apa kene mengena dengan dia dalam cerita ini?

macam ini ceritanya

Maha Suci Allah yang Maha Menciptakan Sungai dalam Laut:





Terjemahan/Translate
Sahih International
We will show them Our signs in the horizons and within themselves until it becomes clear to them that it is the truth. But is it not sufficient concerning your Lord that He is, over all things, a Witness?
“Akan Kami perlihatkan secepatnya kepada mereka kelak, bukti-bukti kebenaran Kami di segenap penjuru dunia ini dan pada diri mereka sendiri, sampai terang kepada mereka, bahwa al-Quran ini suatu kebenaran. Belumkah cukup bahawa Tuhan engkau itu menyaksikan segala sesuatu” (QS Fushshilat 53)





Sahih International
And it is He who has released [simultaneously] the two seas, one fresh and sweet and one salty and bitter, and He placed between them a barrier and prohibiting partition.

“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir(berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain

masin lagipahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.” Qs. 25 Al

Furqan:53


Pada suatu hari Mr.Jacques Yves Costeau ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.

Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.

Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor Muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan(surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez. Ayat itu berbunyi:





Sahih International
He released the two seas, meeting [side by side];
Between them is a barrier [so] neither of them transgresses.

”Artinya: “Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus.”

Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas. Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut.

Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi “Yakhruju minhuma lu’lu`u wal marjaan” ertinya “Keluar dari keduanya mutiara dan marjan.” Padahal di muara sungai tidak ditemukan mutiara. Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur’an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam.

Kalau begitu, Al Qur’an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera.

Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur’an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya mutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam.

“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.”(Q.S Al Furqan:53)

Allahu Akbar…! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim.

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air.”

Bila seorang bertanya, “Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?”

Rasulullah s.a.w. bersabda, “Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran.”

Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita, Mexico. Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah “sungai” di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.

Sesetengah pengkaji mengatakan, itu bukanlah sungai biasa, itu adalah lapisan hidrogen sulfida, nampak seperti sungai… luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah SWT.. Walauapapun di situ dia menjumpai dan menemui Tuhan Allah SWT. (IH/MuslimUnited dll)