
Setiap majlis adalah tidak sempurna tanpa doa. Lebih afdal ada doa penutup dan akhirnya. Jika anda hadir ke sesuatu majlis yang tidak dimulakan dengan doa jangan...
lah anda salahkan penganjurnya atau tuan rumah, mungkin mereka terlepas pandang atau sebagainya. InsyaAllah dalam diam doakanlah kesempurnaan majlis berkenaan dan kesejahteraan semua yang berada di dalam majlis terutama tuan rumah.
Sebagai jurugambar, kita perlulah perihatin akan beberapa hal yang sepatutnya dipaktiskan dalam sesuatu majlis yang ahlinya adalah Islam. Saya selalu juga diminta pandangan oleh beberapa pelanggan dan rakan tentang perjalanan sesuatu majlis. Secara tidak lansung, dari pembelajaran, pengalaman dan bahan bacaan saya dapat berkongsi sesuatu dengan mereka. Sebagai seorang Muslim seharusnya kita melaksanakan dakwah biarpun ianya hanya sekecil titik noktah.
Saya tidak mahu segelintir masyarakat terus memandang seorang jurugambar dengan pandangan negatif hanya kerana mereka selalu melihat jurugambar2 terdedah dengan mengambil gambar yang bukan-bukan dan bercanggah dengan tatacara hidup seorang Islam. Jauhlah dari berperasangka buruk dan doakanlah mereka menjadi insan yang baik dan bertugas dengan baik.
Berbalik kepada doa. Aminkanlah doa yang dibaca terutama sekali jika doa itu khas untuk anda. Dengar, faham dan hayatilah sebaik mungkin. Aminlah dan doakanlah kesejahteraan kepada mereka yang mendoakan dan mengaminkan doa khas untuk anda itu. Suka saya nasihatkan kepada pasangan pengantin, berterima kasihlah kepada mereka2 yang hadir ke majlis anda kerana mereka mendoakan anda berdua untuk kebahagian hingga akhir hayat. Dan fikirlah untuk tidak mudah melafazkan cerai kerana anda pasti bersalah kepada mereka yang mendoakan kebahagian anda semasa masjlis perkahwinan anda. Raikanlah mereka yang hadir semasa majlis perkahwinan anda dan doakanlah kesejahteraan mereka. Aturlah dengan baik masa untuk anda melakukan penggambaran dengan jurugambar anda. Lebihkan ruang untuk merai tetamu2 anda. Sebagai jurugambar, berilah ruang kepada pelanggan2 anda meraikan tetamu dan keluarga mereka. Janganlah anda bawa lari pengantin keluar dari majlis untuk sesi gambar outdoor semasa tetamu masih ramai di dalam majlis sehingga mereka tertanya-tanya di mana penganti yang dirai. Susun atur masa anda dan pelanggan anda sebaiknya.
InsyaAllah. Sama-sama kita berdoa untuk yang terbaik dunia dan akhirat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan