Selasa, 10 Januari 2012

Pelita Hidup Bagi Katak ?



Barisan Guru Maahad Ahmadi


Assalamualaikum,
Zaman sekarang Guru pun Tak diendahkan, sehingga mencetuskan pergaduhan bersama guru. Ade 2 Hari Guru Pun Tidak Tahu bile . Hari Valentime tidak pernah miss  . so entri kali ini harap dapat korang lebih mengenali guru kamu semua .

Buat guruku, aku sertakan juga buat para guru yang menjadi pejuang ilmu biar di mana pun kalian berada. Aku menukilkan kata ini hanyalah untuk berterima kasih, atas segala keringat yang kalian bazirkan hanya untuk membuatkan aku kenal apa itu alif, ba, dan ta. Juga kerana keringnya tekakmu akibat menjerit namaku yang sering menyelinap keluar apabila tiba giliran membaca sajak.
Aku selalu terkenang akan kebodohanku yang tidak mampu mengingati 1 + 1. Betapa lembapnya otakku berputar saat itu. Terima kasih kerana membuka empangan akalku dengan memulas telingaku yang berdaki ini. Masihkah kau ingat, bila aku dan rakan-rakan ditangkap mencuri buah rambai di belakang sekolah? Berbirat punggung kami kau hadiahkan pangkat dari rotan panjangmu. Lalu kami panjangkan permusuhan antara kita dengan letupan mercun di belakang rumahmu. Sekalipun begitu kami berdendam, kesakitan ini juga yang memperkenalkan kami baik buruk kehidupan. Aku amat menyedarinya.
Namun, aku jadi hairan melihat kesabaranmu. Biarpun pening kepalamu mengajar kami yang dungu ibarat makhluk asing yang baru berjumpa tulisan, kau masih tersenyum. Mengenangkan itu, aku jadi kaget untuk terus-terusan mengembangkan nakalku. Lalu kau ku jadikan teman, di kala aku mendambakan haluan. Baru aku sedar selama ini, betapa berat pundakmu menanggung amanah yang diserahkan. Kau ku lihat terus tabah dalam memanusiakan anak-anakmu ini.
Di saat ini, aku kadang-kadang tertawa sendiri terkenang akan ketidakfahamanku akan tanggungjawabmu. Kau ajarkan tentang tingginya nilai ilmu padaku di saat yang lain masih lagi leka dengan senapang kayu. Sungguh aku tidak menyangka, kini aku bahagia mendampingi ilmu walaupun dulu buku bagiku ibarat ubat tidur yang cukup mengancam!.
Mengapa begini?
Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal? (al- Baqarah: 44)
Hari ini aku terasa begitu sukar untuk ku temui seorang guru, sepertimu. Meskipun namanya juga guru, cikgu, ustaz dan teacher, tapi hatinya bukan pada ilmu. Tahun-tahun yang berlalu mengubah jernih suci nurani mereka pada lembaran dan kilauan ringgit Malaysia. Aku terpana melihat kebanyakan pendidik yang dikenal hari ini semakin lupa tanggungjawab, juga tidak lagi terhibur dengan keletah anak-anak comel yang tersasul mengeja kata-kata. Berlainan denganmu, bukan juga seperti kalian yang sanggup mengayuh basikal dalam embun malam semata-mata untuk membebaskan 'sang katak' ini dari tempurung kecil yang gelap, pekat dan hamis dengan kebodohan.
 Tapi guruku tidak pernah mengeluh.aku teringatkan pesanan Ustaz Fauzi yang rapat denganku. selalu bertanya kabar .dia berkata "ekau jangan mengalah pali , klau tak dapek cubo lagi " walaupun guruku berkate secara sempoi tapi penuh dengan pengajaran . perkataannya seperti harta disisiku. Tidak dilupakan juga kepada Cikgu Mohamad bin Aspari , cikgu Rozi , Cikgu Yunos , Ustazah Hashimah  , dan Semua Guru Maahad Ahmadi. 
 Antara Warden yang palingku Respect Ustaz Taufiq. Dia bagaikan memahami perseption murid thumbs up la. memang salute dekat ustaz ini . antara kata dari nye paling aku ingat sekali dalam kepala otak . memang best katenya , masa buat persiapan The Plight Of Palestine  2010 , di bahagian TPOP Studio , semasa menggodek plug dan betulkan mentol , aku ingin buat kerjaku dengan kemas tiba tiba "apad! hidup jangan COMPLICATED sangat , agak dah ok tu bleh , kite hidup jangan COMPLICAted , jangan sempoi sangat , kene pada tempat lah, apad2" tegur Ustaz Taufiq . Wow terpakuku dibuatnya dengan kate ustaz sebentar tadi.aku pun membalas dengan senyum. 
Ustaz Taufiq Warden Aspura, 
Al Fatihah Untuk Ustazah




Dari kanan Cg yunos . ustaz Nasir , Cg Mohamad , Cg Ijam



4 ulasan: