Selasa, 29 Oktober 2013

Ciri2 Saya

berbagai andaian atau diistilahkan sebagai heroskop bagi identiti individu...
Antaranye Dato Fadzilah Kamsah menurut bilangan adik beradik dan sebagainye...

Khamis, 17 Mei 2012

"Satu Dalam Seribu "


Mesti Mahu dengarkan apa cerita ?

  "Saya(Admin)nak  chocotop satu" minta kepada Perempuan Mcd "bergerak" Di Terminal One
  " Terima Kasih "
  lalu saya pergilah mencari tempat  untuk makan ice cream kegemaran . sejak azali lagi kalau turun terminal mesti membeli ice cream .

   Datang seorang budak datang duduk sebelah  saya , sambil membalas senyum. Umur budak itu dalam lingkungan  darjah tiga empat.Budak perempuan agak berisi dan comel.

   "adik dari mana ni?"
    "dari henset  tu ." dia pun tuding jari kedai itu
    "owh , sorang je ke? name mak ayah? " dalam hatiku petah juga budak ni
    "ada mak je, papa keje . mak tgh dalam kedai tu"
     "owh," tapi dalam hatiku tak sedap pulak bagi budak tu tengok aku makan ice cream
    " abang kenape mak bapak selalu memakse untuk belajar"
    " yelah sape taknak  anak mereka berjaya"
    "tapi papa selalu suh supaya ikut jejak papa"
     "saye taknak jadi mcm papa"dia tambah lagi
     " habis adik nak jadi apa?"
     "i want my own , nak buat ape yg ite suke"
      " speaking adik ni,abg setuju. nak ice cream ?" tukar topik ,tak dapek den nak nolong jawab do.LoL
      "baik la abg nie. time kasih , sayang abg " fuh first time budak ckp camtu.
 
aku pun beredar dari situ nak beli ice cream lagi . bila sampai di tempat duduk tu budak tu tidak kelihatan lagi.
ada script yg dipotong .

ok kita berbalik pada topik yg adik tu ckp. kaalau anda ditnya sedemikian mesti tidak mampu jawab bukan?.

 Kekayaan takkan datang jika kita tidak minat tentang sesuatu perkara. dan jangan memaksa orang untuk minat apa yang anda minat. tapi bukan bermakna kekayaan itu tidak perlu dalam hidup . 1 dalam seribu bermaksud :

  • mempunyai kekayaan dengan menyakiti hati orang lain , mempunyai kekayaan memenangi hati orang lain
  • Korbankan diri utk kebahagiaan orang or korbankan orang utk kebahagiaan diri? Would u?

sampai disini saje moga berblogger lagi


   

Isnin, 16 April 2012

Jawapan Hakiki


KISAH WALI ALLAH DAN PADERI SAMA'AN - 50 SOALAN LAWAN 1 SOALAN.



Ini adalah kisah yang masyur dikalangan Ilmuan Islam.


Abu Yazid Al Bustami seorang ahli Sufi yang dikejutkan oleh mimpinya supaya pergi ke gereja Samaan. Tiga kali mimpinya itu berulang. Lalu ia bersiap sedia dengan pakaian dan cara yang diberitahu dalam mimpinya.

Ia masuk ke gereja Samaan tanpa disedari oleh Paderi-paderi yang hadir. Dia sama-sama menanti kedatangan ketua Paderi. Setelah ketua Paderi datang, ketua Paderi itu tidak dapat berucap. Dia tahu ada orang lain, orang Islam di dalam gereja itu. Katanya, ” ada orang yang percaya kepada Syariat Muhammad di dalam gereja ini.”

Khamis, 5 April 2012

Susu Terakhir buat si kecil


-Susu Terakhir buat si kecil-
Kisah yg amat menyayat hati dan pastinya akan menyentuh naluri keibuan kita…bacalah.

Kisahnya perihal satu keluarga yang mengalami kemalangan ngeri. Kereta yang mereka naiki terbabas, berpusing, melanggar pembahagi jalan lalu terperosok ke dalam longkang. Dalam kejadian ini, kereta itu remuk teruk dan penumpangnya mengalami kecederaan parah. Cermin hadapan habis reta...k berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi saya fikir, pemandunya menemui ajal di situ juga.

Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah. Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan. Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya.

Sewaktu anggota bomba itu mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi, ibunya terketar-ketar dan menggigil sambil memberi isyarat kepada beliau. Subhanallah, rupa-rupanya si ibu tadi mahukan bayinya bagi disusukan. Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan disusukan si kecil itu dengan penuh rasa sayu, pilu dan kasih sayang.

Si kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan. Dengan kuasa dan izin Allah, ibu itu tiba-tiba tercungap-cungap mencari nafas, tanda ajalnya yang semakin hampir. Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang itu. Ya Allah, betapa pilunya situasi itu sehingga merenggut ketenangan anggota bomba tadi.

Itu lah dia kasih sayang seorang ibu. Walau dalam keadaan bertarung nyawa dan menahan kesakitan, masih tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang ibu...menyusukan anak di saat-saat akhir hidup nya. Subhanallah...